1.0.- VITAL LIFE VITAL LIFE ialah polisi penyertaan seumur hidup yang memberikan anda perlindungan maksimun pada kadar premium bulanan yang berpatutan.Ia menggabungkan unsur-unsur perlindungan serta simpanan untuk memastikan anda menikmati ketenangan fikiran sepenuhnya. a. Pelan Penyertaan yang juga membayar Bonus Kompaun Berbalik. b. Menginsuranskan anda seumur hidup atau sehingga umur 100 tahun. c. Premium dibayar sehingga tempoh matang polisi. d. Kelayakan umur 16 hingga 65 tahun. e. Minima polisi RM 10,000.00. d. Memberi perlindungan kepada kematian,hilang upaya menyeluruh dan kekal ( TPD ) e. Apabila polisi matang anda menerima sejumlah wang yang diinsuranskan serta kesemua Bonus terakru dan Bonus Terminal ( jika ada ). f. Boleh menyertakan sebarang faedah tambahan untuk meluaskan skop perlindungan. 2.0.- VITAL LIVE SPECIAL. VITAL LIFE SPECIAL ialah Pelan Penyertaan dengan Bonus Kompaun Berbalik.Ia memberi perlindungan seumur hidup terhadap Kematian dan TPD.Premium dibayar sehingga umur 65 tahun.PERTIMBANGKAN pelaburan dalam pelan insurans yang memberikan anda pulangan TIGA KALI GANDA dari jumlah wang yang diinsuranskan. a. Kelayakan umur 1 bulan hingga 56 tahun. b. Minima polisi RM 10,000.00. c. Perlindungan terhadap Kematian dan TPD. d. Dapat menerima Bonus Kompaun Berbalik dan Bonus Terminal ( jika ada ) e. Boleh menyertakan Faedah Tambahan untuk memperluaskan skop perlindungan. f. Faedah TIGA X GANDA dari nilai yang diinsuranskan. 3.0.-VITAL LIFE ENHANCED. VITAL LIFE ENHANCED ialah Pelan Seumur Hidup yang menawarkan peluang pelaburan dan juga perlindungan terhadap Kematian,TPD,36 jenis penyakit kronik. a. Kelayakan umur 2 miggu hingga 57 tahun. b. Tempoh bayaran premium sehingga umur 55,65,atau 90 tahun. c. Minima polisi RM 10,000.00. d. Anda akan menerima sejumlah wang yang diinsuranskan apabila didiagnosis menghidap salah satu dari penyakit kronik tersebut. e. Boleh menyertakan pelan tambahan untuk memperluaskan skop perlindungan. f. Untuk jumlah yang diinsuranskan sebanyak RM 40,000.00 dan keatas,anda boleh memilih salah satu dari OPSYEN** perlindungan PERCUMA berikut. OPSYEN 1. FAEDAH KEMATIAN AKIBAT KEMALANGAN. ( ADB ) Sekiranya berlaku kematian akibat dari kemalangan,100% TAMBAHAN kepada jumlah yang diinsuranskan akan dibayar,dengan syarat nyawa yang diinsuranskan berumur diantara 6 hingga 65 tahun.Opsyen ini boleh dilampirkan kepada nyawa yang diinsuranskan,sehingga jumlah maksimun RM 200,000.00. OPSYEN 2. INSURANS KELUARGA. Perlindungan opsyen ini dilanjutkan kepada pasangan anda serta dua orang anak sehingga nilai maksimun RM 50,000.00 setiap orang.Ia memberi perlindungan keatas kematian serta TPD. Sebagai contah : Jika jumlah asas yang diinsuranskan ialah RM 50,000.00,maka pasangan anda ( dibawah umur 55 tahun) dan dua orang anak ( di bawah umur 18 tahun )akan dilindungi sebanyak RM 12,500.00 setiap orang. Perlindungan ini jug akan diberi kepada nyawa yang diinsuranskan bagi tempoh tambahan 5 tahun,sekiranya ia tidak diambil secara penuh. 4.0.- VITAL SAVER SPECIAL. VITAL SAVER SPECIAL ialah pakej simpanan tetap yang memberi anda pulangan tunai tetap setiap 5 tahun.Tempoh polisi ialah 15,20 atau 25tahun.Walaupun anda melabur didalam pakej simpanan tetap tetapi perlindungan keatas kematian serta TPD tetap dinikmati a. Pelan Jangkaan Endowmen Berpenyertaan dengan Bonus Kompaun Berbalik. b. Pulangan TUNAI dibayar setiap 5 tahun. c. Tempoh polisi adalah selama 15,20 atau 25 tahun. d. Kelayakan umur 1 bulan sehingga 65 tahun. e. Minima insurans/pelaburan RM 5,000.00. F. Perlindungan kepada Kematian dan TPD. g. Apabila polisi matang anda akan menerima 50% daripada jumlah yang diinsuranskan serta semua bonus terakru dan Bonus Terminal. h.Boleh menyertakan faedah tambahan untuk memperluaskan skop perlindungan. 5.0.-VITAL SAVER ENHANCED. VITAL SAVER ENHANCED ialah satu pelan simpanan yang membolehkan anda menikmati pulangan tunai yang tinggi lagi tetap.Ia merupakan Pelan Endowmen yang memberikan pulangan tunai setiap 3 tahun serta mendapat perlindungan atas kematian serta TPD dan 36 jenis Penyakit Kronik. a. Ia adalah satu Pelan Jangkaan Endowmen Berpenyertaan. b. Pulangan tunai setiap 3 tahun. c. Perlindungan atas Kematian,TPD dan 36 jenis penyakit Kronik. d. Tempoh insurans selama 15,18,21 atau 24 tahun. e. Kelayakan umur 1 bulan hingga 60 tahun. f. Minima polisi RM 5,000.00. g. Apabila berlaku kematian,keluarga akan memerima jumlah yang diinsuranskan serta bonus terakru dan Bonus Terminal. h. Jika berlaku Kematian Akibat Kemalangan 100% tambahan kepada jumlah yang diinsuranskan akan dibayar. g. Apabila didiagnosiskan antara satu dari 36 jenis penyakit tersebut anda akan menerima sejumlah wang yang diinsuranskan serta semua pulangan tunai yang belum dibayar. h. Boleh menyertakan pelan tambahan untuk memperluaskan skop perlindungan. 6.0.-VITAL ACHIEVER. VITAL ACHIEVER adalah insurans kewangan yang ideal,yang menawarkan pulangan yang menarik melalui Pelaburan dan Perlindungan insurans nyawa.Ia merupakan Pelan Endowmen Bayaran Tunggal dengan tempoh tetap selama 10 tahun. a. Kelayakan umur 2 minggu hingga 65 tahun. b. Tempoh tetap 10 tahun. c. Minima polisi RM 10,000.00 hingga RM 200,000.00. d. Memberi perlindungan kepada kematian dan TPD. e. Setelah polisi genap 1 tahun ,diberi opsyen pinjaman. f. Apabila berlaku kematian ( biasa ) keluarga akan menerima satu amaun yang setara dengan nilai akaun polisi serta Bonus Pertumbuhan sehingga 150% dari premium yang dilaburkan. g. Jika berlaku kematian ( kemalangan ) keluarga akan mendapat kesemua faedah yang dibayar di bawah faedah kematian serta tambahan 50% dari jumlah yang diinsuranskan ( bersamaan 75% daripada jumlah premium tunggal ) h. Bagi kes TPD ,anda akan menerima satu amaun yang setara dengan nilai akaun polisi serta kesemua bonus Pertumbuhan dan Pendapatan atau 150% dari premium yang dilaburkan,yang mana tinggi. 7.0.- VITAL SCHOLAR. VITAL SCHOLAR ialah satu pelan endowmen pendidikan untuk anak anak sebagai melengkapkan diri dari segi kewangan apabila berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Institut pengajian tinggi atau Universiti. a. Pelan Pendidikan Berpenyertaan yang membayar Bonus Kompaun Berbalik. b. Ia memberi perlindungan terhadap kematian serta TPD. c. Tempoh perlindungan ialah antara 8 hingga 20 tahun,tertakluk kepada umur matang diantara umur 15 dan 20 tahun. d. Faedah kematian akibat kemalangan *PERCUMA* jIKA polisi melebehi RM 30,000.00. e. Perlindungan *PERCUMA* selama 4 tahun apabila polisi matang. f. Faedah pengecualian premium secara percuma keatas pembayar jika berlaku musibah keatas pembayar. g. Kelayakan umur 2 minggu hingga 12 tahun.DAN pembayar pula berumur diantara 20 hingga 50 tahun. h. Minima polisi RM 5,000.00. i. Boleh menyertakan Pelan Tambahan untuk memperluaskan skop perlindungan.
8.0.-VITAL PROTECTOR PLUS VITAL PROTECTOR PLUS ia lah satu polisi yang ekonomikal dan boleh diambil sebagai polisi asas atau Pelan Tambahan.Polisi ini juga boleh ditukar kepada polisi lain apabila ia matang. a. Kelayakan umur 16 hingga 60 tahun. b. Tempoh minimum 10 tahun dan tempoh maksimum 30 tahun ( tertakluk kepada umur maksimum 70 tahun ). c. Perlindungan minima RM 50,000.00 ( jika diambil sebagai polisi asas ) dan RM 20,000.00 ( jika diambil sebagai pelan tambahan). d. Ia juga memberi perlindungan kepada Kematian serta TPD. e. Jika berlaku kematian Keluarga anda akan menerima sejumlah wang yang diinsuranskan. 9.0.-VITAL PROTECTOR SPECIAL. VITAL PROTECTOR SPECIAL ialah sejenis faedah tambahan yang memberi anda bantuan kewangan apabila anda didiagnosiskan antara satu dari 36 jenis penyakit kronik.Ia bukannya pelan berpenyertaan dan ia boleh diambil sebagai polisi asas atau Faedah Tambahan. a. Kelayakan umur 16 hingga 60 tahun. b. Tempoh minimum 10 tahun dan tempoh maksimum 30 tahun ( tertakluk kepada umur maksimum 75 tahun ). c. Minimum insurans RM 50,000.00 ( jika untuk polisi asas ) dan RM 20,000.00 ( jika untuk pelan tambahan ). d. Ia juga memberi perlindungan kepada kematian serta TPD. e. Keluarga anda akan menerima sejumlah wang apabila didiagnosiskan daripada 36 jenis penyakit,Kematian serta TPD. 10.0.-VITAL PROTECTOR EXTRA VITAL PROTECTOR EXTRA ia lah satu Faedah Tambahan yang direka untuk membantu meringankan beban keluarga sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan,TPD atau didiagnosiskan dari 36 jenis penyakit kronik kepada PEMBAYAR,dimana keluarga anda akan menerima PAMPASAN dalam bentuk **Faedah Pendapatan Keluarga,ATAU Pengecualian dari membayar premium akan datang atau membayar kos rawatan perubatan.( atau kedua-duanya sekali ) a. Kelayakan umur 16 hingga 60 tahun. b. Tempoh minimum 10 tahun dan maksimum ialah sehingga umur 80 tahun. c. Ia memberi perlindungan kepada Kematian,TPD Serta 36 jenis penyakit kronik. d. ** Faedah Pendapatan Keluarga -Faedah ini membolehkan orang yang diinsuranskan itu menerima bayaran bulanan sehingga habis tempoh perlindungan apabila PEMBAYAR meninggal dunia,TPD serta didiagnosis dari 36 jenis penyakit. 11.0.-VITAL CARE VITAL CARE ialah satu Pelan Faedah Tambahan untuk membantu anda meringankan beban untuk membayar bil Rawatan Hospital dan Pembedahan.Ia akan memberikan anda pendapatan harian apabila anda dimasukkan ke wad dan anda tidak perlu lagi memikirkan tentang Kos Rawatan dan memastikan fikiran anda sentiasa tenang dan damai. a. Terdapat LIMA pelan untuk di pilih. b. Faedah rawatan dibayar sehingga 120 hari ( termasuk wad ICU )DAN tidak melebehi 730 hari seumur hidup. c. Kelayakan umur 6 bulan hingga 64 tahun. d. Boleh disertakan dengan sebarang polisi asas. e. Terdapat JUGA Pengecualiaan kepada polisi. f. Ia juga membayar sejumlah faedah berdasarkan kepada pelan yang dipilih serta kategori pembedahan yang dijalankan( kecil,pertengahan,besar atau rumit). 12.0.-VITAL SHIELD PLUS VITAL SHIELD PLUS ialah Faedah insurans Kemalangan yang memberikan perlindungan komprehensif sekiranya berlaku kemalangan. a. Faedah Tambahan kepada kematian akibat kemalangan. b. Pampasan untuk cacat kekal dan sementara. c. Pampasan untuk kos rawatan Hospital,pembedahan dan lain-lain rawatan. d. Pengecualian bayaran premium serta Pampasan Kuarantin. e. Kelayakan umur 16 hingga 55 tahun. f. Anda boleh pilih satu jumlah insurans dari nilai minimum polisi asas atau sehingga nilai maksimum bersamaan 3 kali ganda jumlah insurans polisi asas anda. g. Pampasan kematian akibat kemalangan & kehilangan keseluruhan.
|